Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 1, 2011

                                               auntie2! tlg klik skali yea... tq2

ermmm....hari ni sporty nak kongsi petua...lak lah...sporty duk baca majalah pa&ma...ada ruangan tip&petua..marilah kita sama2...kongsi2....ehehheheheh....

  1. untuk pekatkan sup: ada kalanya sup yang dimasak terlalu cair sehingga tidak sedap dimakan. Untuk memekatkannya, masukkan sedikit kentang yang telah direbus dan dilecek. Hasilnya, sup anda akan menjadi pekat dan bertambah enak.
  2. Anak kurang darah: Jika anak anda mengalami masalah kurang darah, berilah dia makan anggur kerana zat besi yang terkandung dalam anggur mudah diserap tubuh. Anggur juga baik untuk kanak-kanak kerana kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin A dan B, potasium, zat besi, kalsium dan fostorus.
  3. Elakkan lipas: Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan pada tempat yang digemari lipas seperti di dalam almari pakaian dan karbinet dapur. Sentiasalah gantikan daun pandan yang sudah layu dengan daun-daun baru agar lipas tidak lagi mengganggu.
  4. Kurangkan dengkur: Bagi anda yang ada masalah tidur berdengkur, ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
  5. Segarkan mata: Jika mata anda letih,ambil sebiji timun dan hiris nipis. Kemudian, pejamkan mata dan lekapkan dengan timun tersebut. Biarkan untuk beberapa minit. Mata anda pasti akan rasa segar selepas itu.


selamat mencuba semua.................................

2 comments:

  1. wah... tips yg berguna tu mama....nk bawak timunla pg opis besok...

    ReplyDelete
  2. ermmm...a..a.bee orait jer cuba2...hahahahha

    ReplyDelete