Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 27, 2011

                                    impian miliki zuriat

 ermmm.....impian miliki zuriat....alamaknya semua pasangan yang sudah berumah tangga...impian untuk mendapat zuriat itu adalah semestinya....namun ada yang bernasib baik setelah berumah tangga...terus.dapat..tetapi bagi yang kurang bernasib baik atau belum ada rezeki...terpaksa berusaha lebih untuk mendapatkannya. untuk pengetahuan kekawan blogger...aku lebih minat membaca...so majalah yang sentiasa menjadi tatapan aku setiap bulan...adalah pa&ma..dan juga mingguan wanita...yang sentiasa padat dengan pelbagai info menarik....oleh itu aku mahu kongsi dengan korang semua................

langkah-langkah rawatan kesuburan:
  1. melakukan hubungan seks pada waktu paling subur untuk meningkatkan kebarangkalian mengandung.
  2. pengambilan ubat kesuburan clomiphene dan gonadotropins antara langkah awal melakukan sebelum mencuba rawatan lain yang lebih canggih.
  3. pembedahan minor bagi masalah seperti tiub fallopio wanita yang tersekat atau membuang cyst.
  4. IUI (artificial insemination@permainan berhadas)IUI ialah kaedah membantu sperma suami untuk sampai kepada telur. ini kerana suami mempunyai kuantiti sperma yang rendah dan lemah.
  5. ART(assisted reproductive technology)ART ialah teknologi bantuan reproduktif. jika anda dan pasangan berhadapan dengan masalah bilangan sperma kurang, tiub fallopio tersumbat atau langkah-langkah yang dinyatakan terlebih dulu gagal,kaedah yang lebih berteknologi dan mahal seperti In Vitro Fertilization (IVF)....atau pelbagai kaedah lagi akan disarankan oleh doktor sakit puan.


Saturday, February 26, 2011

sambungan..puisi buat isteri....


uhhhh.....
kekadang isteri mangamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

apa bukti setiamu suami?
apakah tandanya hanya aku di hatimu?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
 
ketika itu nilailah diri 
mungkin kita berdosa pada tuhan 
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan


lalu datang teguran, amaran dan peringatan 
secara 'indirect' dari tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah


sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala nabi ayub
atau ingatlah pesan saiyidina umar al-kattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:

"bersabarlah. kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
dia yang membantu menjaga makan minum kita
dia yang mencuci kain baju kita 
dia yang membantu membersihkan rumah kita....
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?"

marilah sama-sama kita taburkan secubit salji pada segenggam api.
telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad -dekad usianya.


institusi ini adalah kubu terakhir kita.
marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja
biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan 
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.


bicara ini diakhiri dengan satu coretan 
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan 
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya.....


atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti:
aku hanya seorang suami 
yang menerima setulus hati
seorang isteri,
janji yang termererai
di akad nikah kita musim yang lalu.
salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
bersamalah kita harungi derita yang datang
bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
denai perkahwinan pasti dihujani air mata
biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.


isteri ....
tidak kutagih setia,sesetia hawa.
atau kerinduan menggila laila yang sangat dalam.
terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu....
seorang isteri.








 
sambungan puisi buat isteri.......

namun..
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput

katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus 
setelah bersolat bersama
bisikkanlah" duhai isteriku....
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri, istanamu, di hati ini
padamu sayang....
kalung cintamu,di jiwa ini

puuuuhh.....
akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita meramping 'body'
kalau ada kesempatan 
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi tuhan itu maha penyayang
dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikkan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan 
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan


bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah dikatakan 
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.




 

Wednesday, February 23, 2011

sambungan.....puisi isteri.....

tapi awas.....................
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata,geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"sayang abang tak ulagi lagi"
katakan "sayang......abang alpa"
bisikan "darling ....i lupa..."
hulurkan tangan, pinta kemaafaan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

rajuk isteri sperti mangga muda
perisanya masam
tetapi.............................................
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

arghh...............
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan shah jehan
yang mampu membina taj mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, nur jehan
yang meminta keagungan cintanya
katanya "seabadi permata...........
segermelapan intan"
sedangkan ditangan kita 
cuma cincin tembaga.

aduh.....
peritnya mengukur cinta 
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi bursa saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

tiada guna menyesali dir
diakan dulu pilihan kita?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi  ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir.....
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

sambungan seterusnya................nantikan 

PUISI BUAT ISTERI

kata pujanga 
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya  menggusarkan

adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanja
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut senahuannya.

namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

psst....
tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi?
andainya  emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
menguyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap malulu kerana fikiran sudah berjerebu.


dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.


masih gagal?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.


masih gagal?
tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan dogoncang..........buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.


nantikan sambungannya............................................
  
 
                                                mutiara kata & wasiat

tiada pusaka peninggalan yang lebih manfaat daripada elok budi pekerti...............(wasiat saidina ali r.a)


dunia hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi. kerana itu jangan rosakkan jambatanan  itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak....................(wasiat iman al-ghazali)





 

Tuesday, February 22, 2011

bahagian tubuh wanita yang dianugerahkan nama yang mulia.......

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim.Perkataan ini diambil daripada nama Allah SWT yang bermaksud maha penyayang. Sudah tentulah Allah SWT tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-nya. Sudah tentu Allah SWT akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah SWT tidak memberikan nama yang semulia ini kepada tubuh lelaki tetapi dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah SWT dan memberi makan kepada apa yang Allah SWT telah ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah SWT kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah SWT.  CUBA RENUNGKAN DAN....KURANGKAN PEMBUANGAN BAYI......