Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 20, 2011

TEKANAN

'Stress' kalau mngikut Kamus Proregsif Inggeris-Melayu, adalah 'tekanan' atau 'titik berat'. Jadi apabila seseoran itu memberitahu  kita bahawa dia mengalami 'stress', ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia sedang menghadapi tekanan hidup dan perasaan. Tekanan hidup adalah satu perkara yang seringkali bermain di dalam kehidupan. Setiap yang hidup, pastinya akan merasai tekanan hidup dalam usahanya untuk meruskan kehidupan. Boleh dikatakan, setiap perasaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan 'stress'.
Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dinggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.
 Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang sedang dihadapi. Ktidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidal dapat brklakuan normal seperti kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun pnglibatan sosial mereka.
Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung.............................. 

DIDIKLAH ISTERI

Suami sebagai pemimpin rumah tangga semestinya sentiasa kratif dalam mendidik isteri. Allah membekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau tidak mudah didorong oleh perasaan. Oleh sebab itulah lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Bermulanya kebahagian sesebuah rumah tangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi karenah dan ragam isteri. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Satu pendapat mengatakan bahawa lelaki adalah makhluk akal dan wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Lantaran itulah lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir dalam menghadapi wanita. Kalau umpamanya isteri sdang berduka, suami perlu merancang untukmewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dengan lelaki yang sebaliknya. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang mnyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam brbelanja, dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita.  Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu dan mengikut perasaan smata-mata. Kebijaksanaan mesti disertai dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang.
Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Bagaimanapun, kaum lelaki mestilah mnyedari hakikat bahawa kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Apa yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Disinilah perlunya ktegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.


 

MUTIARA KATA........

"Berkawan dan hampirilah ulama"serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi sumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan tumpangkan kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu."