Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 21, 2011

                                      anakku meragam lagi

                             merajuk....sedih....mula meragam...macam2


                      terdapat beberapa helah untuk mengatasi situasi ini....
muzik
walaupun anda sudah mendukungnya, dia masih lagi meragam, cuba tenangnya dengan memasang lagu irama harmoni. anda boleh menggunakan nada deringan telefon bimbit untuk menenangkannya.secara umumnya si kecil suka kepada bunyi yang pelbagai jenis.dalam pada itu,cuba tarik perhatiannya dengan kad imbasan.pastikan warna pada kad itu terang.pada masa yang sama,ucapkan kata-kata sayang kepada si manja.ucaplah,'mama,sayang adik.

bekas 'ajaib'
masukkan pelbagai jenis barang mainan ke dalam bekas.biarkan si kecil memilih sendiri barang maianan kesukaannya.anda pasti seronok melihat si kecil asyik mengerakkan tangannya untuk mengambil barang yang dia mahu. permainan ini mampu meransang mindanya.

objek baru
apabila si kecil kelihatan sudah resah dan tidak berminat lagi dengan bekas 'ajaib', ambil objek atau barang mainan baru untuk tarik perhatiannya.berbuak-buallah dengan si kecil walaupun dia belum memahami pada peringkat ini.sekali-kala,cuba ketawa seakan anda memberitahu kepadanya sesuatu yang lucu.malah biarkan dia memegang objek baru itu.

bunyi dan warna
bunyi loceng dan warna terang mampu menarik perhatian si kecil.barang mainan seperti seakan terapi yang baik untuk mengelak si kecil daripada meragam lagi.apabila dia asyik menggoyangkan barang mainan yang mengeluarkan bunyi,mindanya akan fokus untuk melakukan aktiviti itu.sekali gus membuatkan dia kembali tenang....

No comments:

Post a Comment