Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 2, 2011

                                      KENALI DUNIA BAYI ANDA

1 BULAN

Pada awal kelahirannya, bayi hanya mampu melihat dalam anggaran jarak di antara 20 hingga 25sm. Walaupun jarak tersebut terhad, bayi anda boleh membalas senyuman yang anda hadiahkan kepadanya.

2 BULAN

Ketika berusia dua bulan, bayi anda sudah boleh memberikan tindak balas jika anda mengagahnya. Dia juga sudah pandai mengeluarkan bunyi-bunyian seperti eh,ah,uh dan oh.

3 BULAN

Bayi anda sudah mampu mengangkat kepala ketika meniarap dan menahannya untuk satu jangka masa yang agak lama.

4 BULAN

Pada usia ini, bayi anda semakin suka bermain dan sudah pandai menggenggam barang permainan yang diberikan kepadanya. Lazimnya, dia lebih tertarik kepada benda yang berwarna terang.

5 BULAN 

Bayi anda kini bertambah lasak. Keupayaannya mengawal belakang badan dan otot kaki membolehkan dia mengimbangi tubuhnya. Hasilnya, dia sudah boleh duduk dengan stabil.

6 BULAN

Inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda. Dia juga sudah pandai memindahkan objek yang dipegangnya daripada satu tangan kepada tangan yang lain.

7 BULAN

Pada usia 7 bulan, bayi sudah aktif merangkak. Gigi susunya pun mula tumbuh. Ketika ini dia mungkin memerlukan sesuatu yang boleh digigit atau dihisap untuk meredakan kesakitan yang dirasainya.

8 BULAN

Bayi anda semakin pantas mencapai barang-barang yang ada di sekelilingnya. Hal ini bermakna anda tidak boleh membiarkan barangan yang boleh membahayakan anak bersepah.

9 BULAN 

Kawalan tangan bayi anda bertambah baik ketika berusia sembilan bulan. Memegang objek menggunakan jari-jemarinya sudah tidak lagi mendatangkan masalah. Dia sudah boleh memegang botol minumannya sendiri.

10 BULAN

Bayi anda sudah boleh berjalan sekiranya anda memegang kedua-dua belah tangannya. Pertuturannya juga semakin jelas terutamanya ketika menyebut perkataan mama atau dada.

11 BULAN 

Bayi anda mungkin sudah boleh berdiri sendiri sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Aktiviti memindahkan barang dari satu bekas ke bekas yang lain adalah antara perkara yang gemar dilakukannya.

12 BULAN

Selain daripada bersedia untuk memulakan langkah baru, dia juga sudah pandai menepuk dan melambai-lambaikan tangannya.

No comments:

Post a Comment