Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 6, 2011

                                      {TIP & PETUA}
                                       PETUA ALAMI

EPAL
setiap kali memotong epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan  kekal segar, rendamlah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.

PISANG
Tahukah anda bahawa pisang bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga berupaya membantu mengurangkan dan mencegah kedutan pada wajah. caranya, kisarkan sebiji pisang sehingga menjadi seperti puri atau krim. kemudian, sapu rata pada muka dan leher. biarkan selama 10 hingga 15 minit. akhir sekali bilas dengan air suam dan sekali dengan air biasa. elok dilakukan seminggu sekali.

BROKOLI
Tahukah anda bahawa brokoli yang sudah kuning masih boleh  digunakan. caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang di isi penuh dengan air sejuk. biarkan selama 1 jam. brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.

TOMATO
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalau ranum dan sedikit lembik, rendamkan di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. hasilnya, tomato akan kembali segar.

CENDAWAN
Cendawan  sukar dibersihkan. tetapi, jika pandai, tentu tidak ada masalah. cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapkan menggunakan kain lembap bagi membuang kotoran pada permukaannya. kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersorok dapat dibuang.
 

 
selamat mencuba......................
 

No comments:

Post a Comment