Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011


                         PENJAGAAN,PENDIDIKAN DAN PERMAINAN

 baru-baru ni sporty ada beli majalah favorite sporty pa&ma dan juga majalah mingguan wanita...dalam syok2 membaca majalah tersebut ada mengenai botol susu yang free bpa..dan juga..keburukan botol susu yang ada bpa...so sporty ni per lagi...mula lah ajak papa danish pergi serang butik anakku...nak tukar botol susu danish secepat yang mungkin....lah.tapi...kat centre point tu maklum ajer ler...paking penuh...last ada juga..sesampai kt anakku terus pergi kat rak botol...ada akak yang keje situ pun tak bertanya banyak terus ckp...jenama yang free bpa dah tak banyak...tinggal avent..dan anakku...jer...yang lain...tu ada bpa...wahh bermakna...orang kat kemaman ni cepat jer dah tukar botol susu anak masing2 sporty jer yang terlambat....aduyaiii kat kepala ni berfikir macam2....tapi tak lama skit ada akak sorang tu pun cari botol susu yang free bpa jugak...makna yer sporty..bukan orang terakhir lah...konon...hahahhaah...so..mana2 ibu..yang belum tukar lagi sila buat pertukaran lah ya....laku lah botol susu kat anakku tu nanti...huhuhu....

 ermm ni plak botol susu danish yang ada bpa tu...sayang...tau banyak beli...maaf ler kekwan blogger..pic ni xleh nak rotate...so melintang ler jawab nyer...hahhahahaha...sama gan pic atas tu.tapi kan akak yang keje kat anakku tu cakap...botol yang ada bpa ni leh guna tapi tuk air sejukj er atau air manis...susu xleh sebab ia perlu guna air panas...melalui air panas tu lah bpa tu keluar...so leh simpan tuk air biase jer.sporty pun xder penerangan yang detail..mengenai kes ni...kalau tak boleh cite kat kekawan kan. bubapa...sanggup..cari..untuk yang terbaik...bagi anak2...sayang kat anak...moga anak kita besar nnti pun tak lupa gan pengorbanan kita ni.

aha..ni plak...buku-buku danish yang sentiasa dia buka hari2...main..lempar...sampaikan ada yang perlu ditampal...kadang2 dia nak tidur pun sporty bagi buku dia tu...terapi tuk mata katakan hahaha...kejap jer dia lena. dalam majalah pa&ma pun ada suruh kita bagi didikan awal...untuk mengenal warna,bentuk,binatang,dan semua lah...mengikut tahap umur.danish ni sporty siap belikan crayon,colour..dan buku tuk dia myonteng..tapi dinding umah pun jadi tempat untuk serlahkan bakat dia tu...aduhhsss tu yang tak tahan tu...tapi sedikit sebanyak berhasil juga...boleh lah...danish sebut...mengaji pun leh lah seposen jer...ahahhahaa...alif,ba dan ta..pastu malas dah nak sebut..heheheh...per2 pun boleh lah kan...lau selalu suruh dia..ajar dia...banyak lah yang boleh dia sebut...siap dengan reaksi lagi.dan bunyi bunyian, mimik muka lagi..macam2 gelagak.



ini plak kereta kesayangan danish..tahan lasak jugak kereta ni...sebab dia besi so x pecah lah..kalau danish baling ker..per ker masih elok lagi.kalau yang lain ada tapi banyak dah rosak...satu lagi tak leh main semua danish ni jenis cepat boring...dan juga sakit mata sporty kalau penuh rumah mainan dia...semak mata..hahhaa.so.inilah..barang2 mainan untuk danish riadah...danish ni jarang bawa dia keluar main....tak nak dedah kan sangat hobi main2 jer...nanti sesuka hati nak keluar main...harap2 sampai besar pun...dia..minta kebenaran kita mana2 dia nak pergi.so kekawan ini jelah yang leh sporty letak kat entry ni...moga sedikit sebanyak kita dapat berkongsi.





                                                

Saturday, March 26, 2011

                    muhammad adam danish....permata mama & papa
 ermm...tuk entry ni sporty nak cite pasal danish ni jer....ni danish baru beberapa hari tengok tu kecil jer dia.besar kepala sporty jek....masa ni jugak sporty masih berpantang....danish keluar dengan seberat 2.8kg...ermm semua orang yang datang jenguk sporty cakap..2.8kg tu adalah berat standard baby...makna yer kot ok ler tu...tak ringan sangat dan tak berat sangat....bila direnung danish ni.. hilang rasa sakit bersalin....tapi danish kena kuning tinggi jugak...tengok sampai tak terbuka mata dia.

 aik...tgk danish ni...kalau pasal ambik gambar cepat jer...tengok kat kamera...masa ni danish baru...dalam 6,7,8..bulan cam tu la...sporty pun dah lupa...sebab danish ni sentiasa membesar...kalau dia deman...memang teruk tapi tetap badan dia maintain...gitu...tetap ...semangat ...jer....danish ni aktif...sangat...tak leh duk diam..deman ker aper ker...tetap aktif..dan boleh bermain...kalau dia tak bangun main tak makan tu teruk sangat lah tu.

mengenai saiz baju...dari 0-3 bulan sekejap jer boleh dipakai...bulan seterusnyer kena cari yang lain lah...6-12..berat badan sentiasa memuaskan tak der masalah bila pergi klinik...doktor pun tak pernah nak komen pasal berat...cuma..pemakanan dia perlu dijaga lebih....sebab danish alahan..pada susu lembu masa ni semua..kena ada soya...susu...pakai similac tapi...xtahan or...so sporty pakai susu snow sampai ke umur danish ni setahun....makanan harian...nestum yang soya punyer.....apabila umur danish genap setahun...susu dan pemakanan dah boleh ditukar....kerana dah tak alahan lagi..

 alamak, pic ni xleh nak rotate...sori lah ya..masa ni danish deman..nak tumbuh gigi tengok tu dah dua batang gigi...kat bawah..cian dia...anak mama..ni deman..sampai merah muka dia...tapi masa ni merenget yer lebih hihihi.

ahaks....tengok ni danish tak sabar nak bergambar...bergaya jer...dia punyer posing...sampai ditarik-tariknyer baju mama dia ni...ajak...join dia punyer..posing...hhahahaha....bila dikenang balik...di ingat balik kejap jer anak teruna sporty ni membesar.....now, dah 2 tahun...banyak lagi ni cabaran membesarkan danish ni...justeru itu,yang mana bakal bergelar ibu...tabah...dan sabar dalam membesar anak-anak..kerana anak ni adalah amanah Allah tuk kita membesar dan mendidik...mengikut acuan yang kita mahu....sporty...lebih mengajar anak..disiplin...dan tegas...tegas dalam semua benda..disiplin...dalam bab...mengajar..mendidik supaya besar nanti...menjadi anak yang soleh...disiplin..pula.untuk waktu..masa,juga kehidupan dia akan datang, tegas dalam membuat sesuatu keputusan.semua itu..berbalik pada didikan yang kita berikan.
 

Monday, March 21, 2011

                                      anakku meragam lagi

                             merajuk....sedih....mula meragam...macam2


                      terdapat beberapa helah untuk mengatasi situasi ini....
muzik
walaupun anda sudah mendukungnya, dia masih lagi meragam, cuba tenangnya dengan memasang lagu irama harmoni. anda boleh menggunakan nada deringan telefon bimbit untuk menenangkannya.secara umumnya si kecil suka kepada bunyi yang pelbagai jenis.dalam pada itu,cuba tarik perhatiannya dengan kad imbasan.pastikan warna pada kad itu terang.pada masa yang sama,ucapkan kata-kata sayang kepada si manja.ucaplah,'mama,sayang adik.

bekas 'ajaib'
masukkan pelbagai jenis barang mainan ke dalam bekas.biarkan si kecil memilih sendiri barang maianan kesukaannya.anda pasti seronok melihat si kecil asyik mengerakkan tangannya untuk mengambil barang yang dia mahu. permainan ini mampu meransang mindanya.

objek baru
apabila si kecil kelihatan sudah resah dan tidak berminat lagi dengan bekas 'ajaib', ambil objek atau barang mainan baru untuk tarik perhatiannya.berbuak-buallah dengan si kecil walaupun dia belum memahami pada peringkat ini.sekali-kala,cuba ketawa seakan anda memberitahu kepadanya sesuatu yang lucu.malah biarkan dia memegang objek baru itu.

bunyi dan warna
bunyi loceng dan warna terang mampu menarik perhatian si kecil.barang mainan seperti seakan terapi yang baik untuk mengelak si kecil daripada meragam lagi.apabila dia asyik menggoyangkan barang mainan yang mengeluarkan bunyi,mindanya akan fokus untuk melakukan aktiviti itu.sekali gus membuatkan dia kembali tenang....

Friday, March 18, 2011


                                            10 kemahiran sosial si kecil....
Semua ibubapa inginkan si kecilnya membesar dengan perilaku yang baik di mana jua. Namun semua itu boleh terjadi jika si kecil sudah dilatih dari awal.......

  1. katakan 'tolong' dan 'terima kasih' sebelum anak anda pandai bercakap, galakkan dia untuk belajar mengucapkan kata-kata 'tolong' dan 'terima kasih'. lakukan juga dalam apa jua aktiviti anda seharian bersamanya. jangan lupa untuk sentiasa mengingatkan anak anda jika dia lupa untuk mengucapkan kata-kata 'tolong' dan 'terima kasih'.
  2. perkongsian dengan yang lain memang sukar untuk menerangkan kepada kanak-kanak bahawa barang yang dipinjam oleh rakannya akan dipulangkan kembali. jadi ajar anak anda untuk memulangkan barang mainan yang dipinjam supaya dia mudah faham konsep perkongsian itu tanpa perlu merampas barang mainan kanak-kanak lain.
  3. menghormati perasaan orang lain bayangkan anak anda berkata dengan kuat, "mama, kenapa kawan mama ni gemuk?"pastinya ungkapan ini membuatkan anda terkejut dan malu. cara pertama untuk mengajar mengenai cara menghormati perasaan orang lain ialah bantu dia belajar memahami emosinya sendiri. jika dia marah kalau orang mengatakan dia nakal dan sebagainya, anda katakan, "adik marah ya orang cakap adik macam tu." dan katakan juga begitulah perasaan orang lain jika dia bercakap perkara yang tidak sukai orang.
  4. jangan ganggu pastinya setiap kali anda ingin menggunakan telefon atau berbual dengan rakan, si kecil anda akan mengganggu perbualan anda dan bertanya apa sahaja yang terlintas di fikirannya. jika berlaku begini, cuba katakan kepadanya, "mama, hendak telefon kawan, jadi jangan ganggu percakapan mama sehingga mama habis cakap." bagaimana pun jangan anggap si kecil akan duduk diam lebih 5 minit.jadi lakukan perbualan anda secepat mungkin. setelah itu katakan, "terima kasih kerana tidak menggangu mama. dan sekarang apa yang adik mahu tanya mama?
  5. minta maaf jika dia melakukan kesalahan, ajarlah dia mengucapkan 'minta maaf'. anda harus membalasnya dengan berkata, "terima kasih"sebagai tanda menghargai apa yang dilakukannya. jangan sesekali memaksa anak untuk melakukan perkara itu. jiak dia masih lagi dalam kemarahan, beri dia masa untuk meminta maaf kepada anda.
  6. belajar menunggu buatkan si kecil aktiviti berbentuk pembelajaran bagi mengajarnya belajar untul menunggu ketika anda sedang melakukan urusan rumah. cara ini tidak membosankannya. contohnya, "boleh tak, kakak kira 1 hingga 10, semasa mama meletakkan adik atas katil ."kemudian anda boleh menambah masa menunggu kepada dua atau tiga minit apabila dia semakin membesar.
  7. adab dimeja makan cuba jadikan waktu makan sebagai masa yang 'rileks' antara 15 hungga 20 minit sebelum dia mula menunjukkan perangainya . tunjukkan cara yang betul untuk makan. ajarlah adap ketika di meja makan contohnya, tidak bercakap ketika sedang mengunyah makanan.
  8. bersalam tidak sukar untuk mengajar anak menghulurkan tangan untuk bersalam. jika anda sentiasa menyuruhnya untuk melakukan perkara yang sama, dia akan menjadi perkara biasa.
  9. tidak terlalu agresif  anak yang agresif perlu dilatih supaya konsisten dalam semua keadaan dan tidak meragam tanpa sebab. ajar dia untuk duduk diam seketika jika anda datang bertandang ke rumah teman. berikan kata-kata pujian jika dia menunjukkan perangai yang baik.
  10. bukan semua benda milik adik jika menghadiri majlis hari jadi, si kecil anda mula berasa sedih hati disebabkan hadiah itu bukan miliknya. anda katakan, jangan sedih sayang, nanti adik bantu dia buka kertas pembalut hadiah." cara ini membantu si kecil fokus untuk melakukan sesuatu yang bukan miliknya.
                                 GOL!  GOL!

hai kekwn blogger dah brp hr dah sporty x up date sporty punyer blog...sporty pun dah xtau nak kongsi per...sporty ada baca lam majalah rapi...mengenai bola skit....sporty baca sampai terbahak2 ketawa....eh cm gitu ker ketawa...wahahahhahahha.....geli hati sporty teramat ler sangat....k ler meh sporty cite kan ya....ni mengenai bapak dan si anak...yang giler bola."gol!"gol! teriak si bapak yang sedang syok menonton perlawanan bola sepak di rumah...si anak plak..duduk di sebelah dan bertanya, "gol tu maksudnya apa bapak?"jawab ler si bapak.."gol tu ertinya masuk"spontan si bapak menjawab.Tiba - tiba datang seorang tetamu memberi salam. Si anak pun menjawab salam itu dan meluru ke pintu lalu berkata, "oh pakcik selamat. Silakan gol...sila..sila....dek tersilap kata dan maksud...si anak pun silap tafsiran.....itu lah ceritanya...justeru itu, jikalau anak2 kita bertanya kan sesuatu...bagitahu ertinya dan maksud itu dengan betul dan tepat...supaya si anak tidak salah guna ayat...atau sebaliknya....setiap ilmu perlu dipelajari dengan betul.....

Sunday, March 13, 2011

petang.....petang....

alahai petang yang amat bosan, sampai xtahu nak buat aper....td tghari dh pergi kenduri....mengenyangkan perut...balik umah...buka tv...dh mula xder cite best ...angin plak rasa gan tv ni....byk2 chanel pun xder cite best hampeh sungguh....last anak aku si danish yang layan kartun kesukaan dia.....apa lah..nasib...tetapi kekawan ada yang x buat anda smua bosan....mai follow..cik azie lucky follower...tentu seronok..

cik azie lucky follower

terima kasih cik azie invite me join cik azie lucky follower ni

mai ler join, sila tekan banner



Wednesday, March 9, 2011

                                        bunga - bunga cinta


sudah lumrah alam kita dijadikan berpasang pasangan....sporty pun turut merasa bunga-bunga cinta ni...enak dek kemanisan cinta...di amuk dek rindu..melanda bagai taufan....waduhhhh...ish2...teruk sungguh ahhahaha..namun tu lah yang kita akan rasa dek cinta....sebenarnya sporty nak kongsi...puisi cinta dalam satu novel yang pernah sporty baca semasa di sekolah rendah....lagi....sporty simpan novel tu...tapi bila dah sporty keluar rumah pergi study agaknya semua buku sporty, sudah kemas disimpan oleh mak dan bak sporty.....entah kemana pergi nya ..tajuk novel tu sampai hati.....puisinya berbunyi....

cinta....
hadirmu dengan rasa tanpa wajah
mengocak indah di jiwa insan
membuihkan rindu di hujung resah
cinta....
kau mewarnai tujuh rasa
sayang,rindu,cemburu,marah,tawa,senyum,dan tangis
bagai garisan tujuh warna pelangi di dadamu
bahagia adalah kerabat kesetiaanmu
curang adalah punca perpisahanmu
cinta....
misterimu sukar dimengertikan 
mengapa dalam marah masih ada sayang?
mengapa dalam benci masih ada rindu?
mengapa ada lara di hujung sentuhanmu?
                          RESEPI KELUARGA BAHAGIA


1 GUNI KESABARAN 

1 KAWAH TOLAK ANSUR

1 PIKUL BELAIAN KASIH SAYANG

1 SECUPAK KETERBUKAAN / MENERIMA PANDANGAN

SEKATI BERLAPANG DADA

SECUBIT CEMBURU

SELAMBAK PEMERHATIAN

SEGANTANG PENGALAMAN

SEBAKUL PUJIAN DAN KATA DORONGAN

SELONGGOK PENGETAHUAN KEKELUARGAAN DAN KEIBUBAPAAN

HIASANNYA : 

PAKAIAN IMAN DAN TAQWA

CARANYA MUDAH :- 

GAUL SEBATI SEMUA BAHAN DAN SESUAIKAN IKUT CITARASA MASING-MASING.
SELAMAT MENCUBA..........................
                           sakit bangat...........

ermm,sporty hari ni xtau nak buat entry per....sampai ler terkeluar...perkataan SAKIT BANGAT NI..gigi sporty..meragam lagi....entah kenapa rasa sakitnya teramat sakit.....tengah syok2..sporty makan..nasi minyak ayam goreng lagi tu...gigi sporty...uhhh...sakit sampai sekarang....alamak yer kena....buang or tampal....sebab rasanya...lubang xder lah besar mana pun...sebenarnya....takut gak...hahhahahaha....bukan takut per...rasa cam nyilu gitu....wahahahhahahahaha.......uhhh gigi ku.....entah aper2 kan sporty ni.....tu je lah yang nak sporty....kongsi gan geng2 blogger.....sakit...........ni...................

Sunday, March 6, 2011

                                      {TIP & PETUA}
                                       PETUA ALAMI

EPAL
setiap kali memotong epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan  kekal segar, rendamlah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.

PISANG
Tahukah anda bahawa pisang bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga berupaya membantu mengurangkan dan mencegah kedutan pada wajah. caranya, kisarkan sebiji pisang sehingga menjadi seperti puri atau krim. kemudian, sapu rata pada muka dan leher. biarkan selama 10 hingga 15 minit. akhir sekali bilas dengan air suam dan sekali dengan air biasa. elok dilakukan seminggu sekali.

BROKOLI
Tahukah anda bahawa brokoli yang sudah kuning masih boleh  digunakan. caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang di isi penuh dengan air sejuk. biarkan selama 1 jam. brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.

TOMATO
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalau ranum dan sedikit lembik, rendamkan di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. hasilnya, tomato akan kembali segar.

CENDAWAN
Cendawan  sukar dibersihkan. tetapi, jika pandai, tentu tidak ada masalah. cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapkan menggunakan kain lembap bagi membuang kotoran pada permukaannya. kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersorok dapat dibuang.
 

 
selamat mencuba......................
 

Wednesday, March 2, 2011

                                      KENALI DUNIA BAYI ANDA

1 BULAN

Pada awal kelahirannya, bayi hanya mampu melihat dalam anggaran jarak di antara 20 hingga 25sm. Walaupun jarak tersebut terhad, bayi anda boleh membalas senyuman yang anda hadiahkan kepadanya.

2 BULAN

Ketika berusia dua bulan, bayi anda sudah boleh memberikan tindak balas jika anda mengagahnya. Dia juga sudah pandai mengeluarkan bunyi-bunyian seperti eh,ah,uh dan oh.

3 BULAN

Bayi anda sudah mampu mengangkat kepala ketika meniarap dan menahannya untuk satu jangka masa yang agak lama.

4 BULAN

Pada usia ini, bayi anda semakin suka bermain dan sudah pandai menggenggam barang permainan yang diberikan kepadanya. Lazimnya, dia lebih tertarik kepada benda yang berwarna terang.

5 BULAN 

Bayi anda kini bertambah lasak. Keupayaannya mengawal belakang badan dan otot kaki membolehkan dia mengimbangi tubuhnya. Hasilnya, dia sudah boleh duduk dengan stabil.

6 BULAN

Inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda. Dia juga sudah pandai memindahkan objek yang dipegangnya daripada satu tangan kepada tangan yang lain.

7 BULAN

Pada usia 7 bulan, bayi sudah aktif merangkak. Gigi susunya pun mula tumbuh. Ketika ini dia mungkin memerlukan sesuatu yang boleh digigit atau dihisap untuk meredakan kesakitan yang dirasainya.

8 BULAN

Bayi anda semakin pantas mencapai barang-barang yang ada di sekelilingnya. Hal ini bermakna anda tidak boleh membiarkan barangan yang boleh membahayakan anak bersepah.

9 BULAN 

Kawalan tangan bayi anda bertambah baik ketika berusia sembilan bulan. Memegang objek menggunakan jari-jemarinya sudah tidak lagi mendatangkan masalah. Dia sudah boleh memegang botol minumannya sendiri.

10 BULAN

Bayi anda sudah boleh berjalan sekiranya anda memegang kedua-dua belah tangannya. Pertuturannya juga semakin jelas terutamanya ketika menyebut perkataan mama atau dada.

11 BULAN 

Bayi anda mungkin sudah boleh berdiri sendiri sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Aktiviti memindahkan barang dari satu bekas ke bekas yang lain adalah antara perkara yang gemar dilakukannya.

12 BULAN

Selain daripada bersedia untuk memulakan langkah baru, dia juga sudah pandai menepuk dan melambai-lambaikan tangannya.

Tuesday, March 1, 2011

                           7 tanda sikecil sayangkan anda....

SI KECIL CERIA MELIHAT WAJAH ANDA
Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang  benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.

SI KECIL BERFIKIR TENTANG ANDA
Walaupun anda tidak berada disampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekeliling apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kadang kala, menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada disampingnya. Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.

SI KECIL BUAT RAGAM
Jangan salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan menenangkannya.

SI KECIL BERTATIH BERLARI KEPADA ANDA
Dia berlari ke sana sini tanpa henti, lalu jatuh dan menangis. Dia berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian sebenar 'mama sayang kamu'.
 
SI KECIL MEMBUAT "KEJUTAN " KEPADA ANDA
Sedang anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan buat anda.    

SI KECIL MINTA PERSETUJUAN ANDA
Dia akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin baik.

SI KECIL DENGAR ARAHAN ANDA
"Adik, tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini. "Si kecil menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.

tip mudah:
  1. Peluklah si kecil dengan erat setiap masa .
  2. Berikan ciuman kepada si kecil selepas bangun tidur dan sebelum tidor.
  3. Ucaplah kata-kata sayang kepada si kecil. contohnya "mama sayang baby".
  4. tunjukkan kelakuan yang baik kepada si kecil 
  5. Berikan hadiah atau ganjaran apabila dia berkelakuan baik tetapi ganjaran ini jangan terlalu kerap.      
                                               auntie2! tlg klik skali yea... tq2

ermmm....hari ni sporty nak kongsi petua...lak lah...sporty duk baca majalah pa&ma...ada ruangan tip&petua..marilah kita sama2...kongsi2....ehehheheheh....

  1. untuk pekatkan sup: ada kalanya sup yang dimasak terlalu cair sehingga tidak sedap dimakan. Untuk memekatkannya, masukkan sedikit kentang yang telah direbus dan dilecek. Hasilnya, sup anda akan menjadi pekat dan bertambah enak.
  2. Anak kurang darah: Jika anak anda mengalami masalah kurang darah, berilah dia makan anggur kerana zat besi yang terkandung dalam anggur mudah diserap tubuh. Anggur juga baik untuk kanak-kanak kerana kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin A dan B, potasium, zat besi, kalsium dan fostorus.
  3. Elakkan lipas: Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan pada tempat yang digemari lipas seperti di dalam almari pakaian dan karbinet dapur. Sentiasalah gantikan daun pandan yang sudah layu dengan daun-daun baru agar lipas tidak lagi mengganggu.
  4. Kurangkan dengkur: Bagi anda yang ada masalah tidur berdengkur, ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
  5. Segarkan mata: Jika mata anda letih,ambil sebiji timun dan hiris nipis. Kemudian, pejamkan mata dan lekapkan dengan timun tersebut. Biarkan untuk beberapa minit. Mata anda pasti akan rasa segar selepas itu.


selamat mencuba semua.................................