Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2011


                                            10 kemahiran sosial si kecil....
Semua ibubapa inginkan si kecilnya membesar dengan perilaku yang baik di mana jua. Namun semua itu boleh terjadi jika si kecil sudah dilatih dari awal.......

  1. katakan 'tolong' dan 'terima kasih' sebelum anak anda pandai bercakap, galakkan dia untuk belajar mengucapkan kata-kata 'tolong' dan 'terima kasih'. lakukan juga dalam apa jua aktiviti anda seharian bersamanya. jangan lupa untuk sentiasa mengingatkan anak anda jika dia lupa untuk mengucapkan kata-kata 'tolong' dan 'terima kasih'.
  2. perkongsian dengan yang lain memang sukar untuk menerangkan kepada kanak-kanak bahawa barang yang dipinjam oleh rakannya akan dipulangkan kembali. jadi ajar anak anda untuk memulangkan barang mainan yang dipinjam supaya dia mudah faham konsep perkongsian itu tanpa perlu merampas barang mainan kanak-kanak lain.
  3. menghormati perasaan orang lain bayangkan anak anda berkata dengan kuat, "mama, kenapa kawan mama ni gemuk?"pastinya ungkapan ini membuatkan anda terkejut dan malu. cara pertama untuk mengajar mengenai cara menghormati perasaan orang lain ialah bantu dia belajar memahami emosinya sendiri. jika dia marah kalau orang mengatakan dia nakal dan sebagainya, anda katakan, "adik marah ya orang cakap adik macam tu." dan katakan juga begitulah perasaan orang lain jika dia bercakap perkara yang tidak sukai orang.
  4. jangan ganggu pastinya setiap kali anda ingin menggunakan telefon atau berbual dengan rakan, si kecil anda akan mengganggu perbualan anda dan bertanya apa sahaja yang terlintas di fikirannya. jika berlaku begini, cuba katakan kepadanya, "mama, hendak telefon kawan, jadi jangan ganggu percakapan mama sehingga mama habis cakap." bagaimana pun jangan anggap si kecil akan duduk diam lebih 5 minit.jadi lakukan perbualan anda secepat mungkin. setelah itu katakan, "terima kasih kerana tidak menggangu mama. dan sekarang apa yang adik mahu tanya mama?
  5. minta maaf jika dia melakukan kesalahan, ajarlah dia mengucapkan 'minta maaf'. anda harus membalasnya dengan berkata, "terima kasih"sebagai tanda menghargai apa yang dilakukannya. jangan sesekali memaksa anak untuk melakukan perkara itu. jiak dia masih lagi dalam kemarahan, beri dia masa untuk meminta maaf kepada anda.
  6. belajar menunggu buatkan si kecil aktiviti berbentuk pembelajaran bagi mengajarnya belajar untul menunggu ketika anda sedang melakukan urusan rumah. cara ini tidak membosankannya. contohnya, "boleh tak, kakak kira 1 hingga 10, semasa mama meletakkan adik atas katil ."kemudian anda boleh menambah masa menunggu kepada dua atau tiga minit apabila dia semakin membesar.
  7. adab dimeja makan cuba jadikan waktu makan sebagai masa yang 'rileks' antara 15 hungga 20 minit sebelum dia mula menunjukkan perangainya . tunjukkan cara yang betul untuk makan. ajarlah adap ketika di meja makan contohnya, tidak bercakap ketika sedang mengunyah makanan.
  8. bersalam tidak sukar untuk mengajar anak menghulurkan tangan untuk bersalam. jika anda sentiasa menyuruhnya untuk melakukan perkara yang sama, dia akan menjadi perkara biasa.
  9. tidak terlalu agresif  anak yang agresif perlu dilatih supaya konsisten dalam semua keadaan dan tidak meragam tanpa sebab. ajar dia untuk duduk diam seketika jika anda datang bertandang ke rumah teman. berikan kata-kata pujian jika dia menunjukkan perangai yang baik.
  10. bukan semua benda milik adik jika menghadiri majlis hari jadi, si kecil anda mula berasa sedih hati disebabkan hadiah itu bukan miliknya. anda katakan, jangan sedih sayang, nanti adik bantu dia buka kertas pembalut hadiah." cara ini membantu si kecil fokus untuk melakukan sesuatu yang bukan miliknya.

No comments:

Post a Comment