Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 26, 2011

sambungan..puisi buat isteri....


uhhhh.....
kekadang isteri mangamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

apa bukti setiamu suami?
apakah tandanya hanya aku di hatimu?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
 
ketika itu nilailah diri 
mungkin kita berdosa pada tuhan 
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan


lalu datang teguran, amaran dan peringatan 
secara 'indirect' dari tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah


sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala nabi ayub
atau ingatlah pesan saiyidina umar al-kattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:

"bersabarlah. kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
dia yang membantu menjaga makan minum kita
dia yang mencuci kain baju kita 
dia yang membantu membersihkan rumah kita....
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?"

marilah sama-sama kita taburkan secubit salji pada segenggam api.
telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad -dekad usianya.


institusi ini adalah kubu terakhir kita.
marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja
biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan 
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.


bicara ini diakhiri dengan satu coretan 
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan 
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya.....


atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti:
aku hanya seorang suami 
yang menerima setulus hati
seorang isteri,
janji yang termererai
di akad nikah kita musim yang lalu.
salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
bersamalah kita harungi derita yang datang
bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
denai perkahwinan pasti dihujani air mata
biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.


isteri ....
tidak kutagih setia,sesetia hawa.
atau kerinduan menggila laila yang sangat dalam.
terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu....
seorang isteri.








 

No comments:

Post a Comment