Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

PUISI BUAT ISTERI

kata pujanga 
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya  menggusarkan

adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanja
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut senahuannya.

namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

psst....
tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi?
andainya  emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
menguyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap malulu kerana fikiran sudah berjerebu.


dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.


masih gagal?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.


masih gagal?
tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan dogoncang..........buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.


nantikan sambungannya............................................
  
 

No comments:

Post a Comment