Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 20, 2011

TEKANAN

'Stress' kalau mngikut Kamus Proregsif Inggeris-Melayu, adalah 'tekanan' atau 'titik berat'. Jadi apabila seseoran itu memberitahu  kita bahawa dia mengalami 'stress', ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia sedang menghadapi tekanan hidup dan perasaan. Tekanan hidup adalah satu perkara yang seringkali bermain di dalam kehidupan. Setiap yang hidup, pastinya akan merasai tekanan hidup dalam usahanya untuk meruskan kehidupan. Boleh dikatakan, setiap perasaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan 'stress'.
Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dinggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.
 Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang sedang dihadapi. Ktidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidal dapat brklakuan normal seperti kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun pnglibatan sosial mereka.
Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung.............................. 

No comments:

Post a Comment